Senarai Broker Forex Terbaik

Ini adalah senarai broker forex otai yang tidak asing lagi.

Termasuk juga beberapa broker yang tengah trending di Malaysia.

Hampir kesemuanya ada servis LD dan local support.

Sekiranya ada kemusykilan, sila baca FAQ di bawah.

Jadual Perbandingan Broker

Sila buat research sendiri sebelum mendaftar dengan mana2 broker.

T.A.Y.O.R – Trade at Your Own Risk

BrokerWebsiteDariMax Leverage
JustMarkets20121:3000
HFM20101:1000
RoboForex20091:2000
IC Markets20071:500
Tickmill20141:500
LiteFinance20051:1000
Vantage20091:500
FBS20091:3000
XM20091:1000
Forex4you20071:1000
FxPrimus20091:1000
OctaFX20111:500
InstaForex20071:1000

Kebanyakkan broker menggunakan dynamic leverage. Contohnya, leverage mungkin akan mengecil semasa news event, semasa market daily open/close, atau equity anda telah mencecah jumlah tertentu. Sila semak dalam T&C broker anda.

Semoga bermanfaat.

Ini adalah beberapa perkara yang sering ditanya (FAQ) berkaitan dengan broker. Istilah yang digunakan kadang kala mengelirukan kerana berlainan mengikut broker. Tetapi masih merujuk kepada perkara yang sama.

Kenapa website broker tak dapat buka?

Ya, ada sesetengahnya sudah kena block. Terutamanya domain .com.

Sebenarnya bukan masalah broker. Tapi telah disekat oleh telco tertentu di Malaysia.

Contohnya broker x, tak dapat diakses dengan telco D. Manakala telco C pula tiada masalah.

Tak pasti sebab apa.

Tapi biasanya ada url alternatif yang diberikan oleh broker. Contohnya .net, .org dan lain2.

Sentiasa semak page ini untuk url/link terbaru (dalam jadual di atas). Saya akan cuba update secepat mungkin.

Solusinya, cuba akses internet dari ISP/telco lain atau beralih ke broker lain supaya tak pening kepala. Penggunaan VPN adalah tidak digalakkan.

Bagaimana untuk bermula?

Ini adalah langkah umum bagaimana untuk memulakan Forex trading menggunakan akaun live/sebenar dengan broker pilihan (scroll ke atas untuk senarai broker). Akaun live ini maksudnya menggunakan duit yang sebenar.

Daftar akaun > Verify > Deposit > Trade > Withdrawal

Mungkin ada sedikit perbezaan mengikut broker tertentu.

  1. Daftar akaun trading (real/live) dengan broker pilihan di website rasmi broker tersebut.
  2. Kemudian anda akan dapat email mengenai akaun anda (ada juga broker memerlukan pengesahan email, hanya klik link dalam email yang diberikan).
  3. Lepas tu kena upload dokumen tertentu (IC dan lesen/bil/etc) sebagai pengesahan (verification) identiti & alamat. Ada juga broker hanya memerlukan satu dokumen (IC) sahaja untuk pengesahan penuh. Proses ini biasanya mengambil masa 1-3 hari bekerja (kadang2 dalam beberapa minit je). Email pemberitahuan akan dihantar jika sudah approve. Proses no.3 ini penting, kalau tak buat mesti ada masalah masa withdrawal nanti.
  4. Login ke akaun kabinet dan deposit $.
  5. Download & install MT4/MT5 broker tersebut (jangan install broker yang lain pulak). Kemudian login trading akaun di MT4/MT5. Maklumat akaun ada diberi dalam email.
  6. Dah boleh mula trade.
  7. Kalau ada untung bolehlah buat withdrawal.

Sekiranya anda belum bersedia, boleh cuba praktis di akaun demo terlebih dahulu.

Kriteria pemilihan broker forex

Untuk mencari broker yang boleh dipercayai memerlukan satu checklist yang tertentu. Ini antara beberapa perkara penting yang harus diambil perhatian dalam pemilihan broker:

1. Adakah broker tersebut regulated (berdaftar/dikawal selia)?

2. Sudah berapa lama menjalankan perniagaan?

3. Adakah support membantu? Ada wakil (IB) tempatan?

4. Adakah mudah untuk depo/wd?

5. Adakah spread rendah dan berbaloi?

6. Apakah jenis akaun yang ditawarkan?

7. Berapa tahap leverage?

9. Ada syarat untuk scalping?

10. Ada menawarkan servis lain?

Account Cabinet

Merupakan tempat anda menguruskan perkara yang berkaitan dengan akaun forex anda. Anda mestilah login melalui website broker anda.

Introducing Broker (IB)

Individu yang berfungsi sebagai wakil atau ejen yang ditugaskan untuk membuat promosi dan membimbing trader tempatan mengikut negara masing-masing. IB juga biasanya merangkap sebagai Local Depositor (LD).

Ada juga “jawatan” selain dari IB. Tapi biasanya kita panggil IB jer semua tu. haha

  • MIB = Master IB
  • RO = Regional Officer

Maklumat IB boleh diperolehi di website broker. Ada juga diberi dalam email selepas buka akaun. Bergantung dengan broker, tak semua broker ada IB/LD.

Betul ke jadi IB tak perlu tanggung risiko pape? Betul ke trader hanya mengkayakan IB jer?

Salah pemikiran macam tu sebenarnya. IB nak cari makan pun bergantung dengan trader. Kalau trader asyik MC lepas tu stop trade, maka IB pun tak dapatlah income.

Jadi kena win-win. Trader untung, IB pun untung.

Local deposit dan withdrawal

Kemudahan menggunakan bank tempatan untuk melakukan urusan deposit dan withdrawal. Selalunya lebih cepat berbanding kaedah lain. Urusan antara trader dan IB atau LD biasanya menggunakan sms, whatsapp, skype dan lain-lain mengikut LD. Sebaiknya gunakan LD yang sama semasa membuat deposit dan withdrawal untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Bagaimana cara urusan dijalankan?

Cara yang digunakan adalah berbeza mengikut prosedur broker dan IB.

MYR = Malaysian Ringgit
USD = US Dollar

Deposit

  1. Anda transfer MYR ke akaun bank IB. Boleh guna online banking, deposit machine atau di kaunter bank.
  2. Anda hantar bukti transaksi kepada IB bersama dengan detail akaun trading anda.
  3. IB akan membuat semakan dan pengesahan.
  4. Sekiranya semua betul dan sah, IB akan memindahkan USD ke akaun trading anda.

Withdrawal

  1. Anda membuat withdrawal request (USD) melalui account cabinet (di laman web broker) atau request direct kepada IB.
  2. IB akan menerima arahan untuk memproses withdrawal anda.
  3. MYR akan dipindahkan ke akaun bank anda.

Apakah yang anda patut lakukan sebelum deposit/withdrawal?

1. Buka akaun dengan broker dan simpan maklumat penting seperti no. akaun trading, IP server dan lain-lain. Sila semak email.

2. Dapatkan maklumat dari IB anda tentang prosedur depo/wd. Biasanya perkara seperti:

  • Masa berurusan/bekerja IB.
  • Kadar tukaran MYR-USD (rate).
  • Tempoh masa yang diambil.
  • Jumlah minimum/maksimum.
  • Cara deposit/withdrawal.
  • Detail akaun bank IB untuk membuat pindahan wang.

Oleh kerana perkembangan teknologi yang sangat pesat, pihak broker kini menawarkan bermacam cara untuk depo/wd. Saya rasa kaedah depo/wd melalui IB ini dah semakin kurang relevan. Dah banyak broker boleh gunakan cara online banking atau payment gateway yang lebih cepat dan mudah.

Bonus

Saya secara peribadi memang tak galakkan untuk ambil bonus, terutamanya NDB.

Jangan mudah terpedaya dengan bonus kerana pasti ada syarat ketat dikenakan. Setiap broker ada syarat dan peraturan sendiri, antaranya:

  • Adakah support margin dan floating?
  • Tidak boleh withdraw bonus, hanya profit hasil trading dengan bonus boleh dikeluarkan.
  • Boleh mengeluarkan bonus sekiranya mencapai volume trading tertentu.
  • Profit hanya boleh dikeluarkan sekiranya deposit jumlah tertentu.
  • Leverage yang dibenarkan mungkin rendah dari kebiasaan.
  • Level margin call & stop out mungkin dinaikkan dari kebiasaan.
  • Hanya boleh trading dalam satu jangka masa yang ditetapkan.
  • Perlu trading dengan jumlah volume tertentu dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Tidak dibenarkan scalping.
  • Hanya dibenarkan membuka jumlah lot tertentu.
  • Tidak dibenarkan trade semasa news.

Itu hanya sebahagian, sila semak dengan broker anda terlebih dahulu untuk maklumat yang lebih tepat.

Bonus biasanya terbahagi kepada dua, iaitu:

Deposit bonus (DB)

  • Deposit bonus diberikan setiap kali anda deposit ke akaun trading.
  • Juga dikenali sebagai Welcome bonus, bergantung dengan broker.

No deposit bonus (NDB)

  • No deposit bonus diberi tanpa memerlukan anda deposit.
  • Hanya layak untuk pelanggan yang pertama kali mendaftar.
  • Biasanya mempunyai syarat paling ketat

Sekali lagi saya ingatkan, sila buat kajian dahulu sebelum anda mengambil apa-apa bonus.

PAMM (Percent Allocation Management Module)

Sistem yang digunakan oleh broker untuk membolehkan trader menguruskan wang pelanggan (investor) yang lain. Keuntungan dikira berdasarkan nisbah yang telah ditentukan oleh trader. Contohnya; 30% trader, 70% investor.

Sistem ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak tahu trading atau masih baru. Tujuan PAMM dibangunkan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelaburan yang selamat di mana urusan deposit dan withdrawal adalah di bawah tanggungjawab pemiliknya, investor. Trader hanya berfungsi sebagai penganalisis pasaran dan pedagang. Semua urusan dagangan pula di bawah kawalan trader, seperti pair yang didagangkan, tahap risiko, lot dan sebagainya.

Investor boleh dikenakan caj penalti sekiranya menarik balik modal semasa dagangan masih aktif. Kadar caj penalti ditentukan oleh trader dan dimaklumkan lebih awal kepada investor.

Forex Copy / Copy Trade

Forex copy adalah sistem yang hampir sama seperti PAMM, cuma follower diberi kebebasan untuk menentukan spesifikasi pelaburan seperti risiko, lot, instrumen dan had trade harian.

Trader diberi pilihan komisen sama ada melalui nisbah keuntungan atau caj langganan harian.

Rebate (Cashback)

Merupakan sistem mengembalikan semula sebahagian komisen yang diperolehi oleh ejen. Ejen akan membayar rebate untuk setiap lot dagangan yang dibuat oleh trader. Rebate dibayar tidak kira dagangan anda profit atau tidak.

Syarat: Akaun trading anda mesti dibuka menggunakan link ejen atau perlu memasukkan kod ejen tersebut semasa pendaftaran akaun.

Contoh: InstaForex Rebate


Peringatan

Sehebat mana pun seorang trader, jika broker forex bermasalah maka tiada gunanya membuat untung jutaan dolar sekalipun.

Betulkan?

“Untung bukan main lebat, tapi tak boleh withdraw pulak.”

“Skill scalping dah macam sniper, tapi bila nak trade asyik requote. Apa pun tak boleh!”

“Aik, MT4 broker lain jalan elok je, apahal yang satu ni tak gerak-gerak?”

Haha, itulah antara senario yang biasa terjadi jika broker bermasalah. Ada macam-macam lagi pengalaman saya kalau nak cerita dan tak kurang juga yang saya dengar sendiri dari rakan trader di Malaysia.

Saya mula kenal Forex sejak dari 2007, sehingga kini dah banyak broker yang saya cuba.

Apa kesimpulan yang saya dapat?

Nak cari broker yang bagus dari semua sudut memang tak akan jumpa.

Jadi pilihlah ikut kesesuaian trading masing-masing.

Tak semua broker sesuai untuk scalping, swing, news trade, guna robot, dan sebagainya.

Jangan jadi pentaksub website rating.

Ada yang mengadu dekat saya mengapa website a, b, c, etc kata broker “x” tak bagus atau scam?

Lain orang, lain pendapat… ada pros & cons

Untuk pengetahuan anda;

Ada pengendali website tersebut yang suka blackmail syarikat broker untuk mendapatkan $$$. Tak bayar, maka review yang amat teruk akan ditulis.

Sebaliknya ada juga website rating yang sangat bias dengan broker tertentu. Mungkin dapat bayaran lebih dari mereka.

Kita kena ingat semua ini hanyalah satu bisnes. Siapa sanggup susah2 buat website begitu secara percuma?

Sebab itulah bagi saya, pendapat dari pengguna di media sosial lebih legit dan meyakinkan.

Baca T&C! Baca T&C!

Itu belum lagi cerita salah trader sendiri yang langgar rules yang dah terang2 dinyatakan dalam TnC.

Ada juga jenis client terlalu “genius” dengan cuba manipulasi bonus.

Antara kes yang paling banyak terjadi (saya sendiri pernah juga, hehe); depo guna cara A, withdrawal guna cara B. Haha memang sangkut la macam tu.

Lepas tu bising kata kena scam, wd lembap la.

Haha macam2 hal, tapi itulah realitinya…

Broker baru tumbuh?

Saya tak nafikan banyak juga syarikat broker yang scam. Terutamanya yang baru setahun jagung.

Jenis yang saya katakan broker hit & run.

Kalau ada broker yang tawarkan program pelaburan pelik2 keuntungan tetap, broker “janji” pulangkan modal kalau anda lose trade, atau ada program ala MLM, maka lari jauh2. Saya jamin memang scam. Haha

Nak jadi pentaksub broker top tier?

Jangan ingat broker top tier tak boleh tipu client.

Sebagai contoh, broker FXCM yang gah suatu ketika dahulu pun kantoi juga akhirnya (ada dalam link di bawah).

Tiada jaminan yang 100% selagi kita bermain dengan risiko. Perniagaan apa yang tak ada risiko kan?

Sebab tu saya selalu tekankan amalan diversify. Pelbagaikan broker anda.

Ada banyak lagi teknik scam Forex sebenarnya. Anda boleh baca di link ini.

Jadi bagaimana nak pastikan supaya anda tidak terperangkap dengan permainan broker?

Antara cara paling mudah adalah:

  • Tanya dengan orang yang pernah menggunakan broker tersebut.
  • (Percuma) Buat kajian dengan mendapatkan info dan review dari media sosial, forum atau blog yang boleh dipercayai.
  • (Guna modal) Uji sendiri dan sanggup tanggung risiko, jangan salahkan orang lain pulak ya. Hehe
  • Diversify modal ke beberapa broker. Jangan harap dengan satu company sahaja.

Setiap broker ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ada yang sesuai untuk scalping, dan ada yang hanya sesuai untuk swing trading.

Buatlah pilihan mengikut kesesuaian teknik atau strategi yang anda gunakan. Jangan lupa baca T&C.

Tak semestinya broker yang saya senaraikan di sini sahaja terbaik. Ada banyak lagi broker yang bagus di luar sana.

Sebab itulah saya selalu sarankan kalau tak yakin cuba trade kecil-kecilan dahulu. Kalau tak puas hati juga, cubalah guna broker lain pula.

Ingat, pilihan di tangan anda.

Apa2 pun, jangan berlebih-lebihan mengkaji tentang broker.

Jangan habiskan masa dan bebankan kepala untuk mencari broker yang perfect.

(ingat; “tiada broker yang perfect dari semua sudut”)

Cukuplah sekadar boleh trading dengan aman dan depo/wd lancar…

Fokus kepada perkara yang lebih penting iaitu trading itu sendiri.